Aktiviti Sampingan

        Permainan lipatan....

     Pemainan ini melibatkan kanak-kanak atau bayi bersama dengan orang dewasa sama ada ibu, bapa, pengasuh dan orang sekeliling. Permainan ini seumpama senaman ringan yang orang dewasa lakukan terhadap kanak-kanak. Permainan ini dilakukan seperti berikut :-

• Pengasuh meletakkan kanak-kanak atau bayi di atas tilam, cadar atau tempat-tempat yang      
  selesa.

• Pengasuh akan sentiasa beriteraksi dengan kanak-kanak atau bayi sepanjang aktiviti
   dijalankan.

• Pengasuh akan melakukan pergerakan terhadap kanak-kanak atau bayi di bahagian-bahagian
   yang boleh
 di bengkokkan atau dilipat.(tangan, kaki)
• Pengasuh membuat pergerakan mengikut irama dan tidak terlalu laju.(supaya tidak terseliuh)
• Pengasuh juga boleh membuat lirik sendiri sewaktu aktiviti. (up satu….up dua…..)

     Permainan ini dapatmembantu kanak-kanak atau bayi menggerak-gerakkan setiap sendi motor halus dan kasar mereka. Permainan ini juga membantu perkembangan sosioemosi, bahasa dan psikomoto mereka.


          Permainan sapa kuat…

      Permainan ini boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, permainan ini adalah permainan yang mudah dan menggunakan peralatan sedia ada.

• Pengasuh perlu berinteraksi dengan kanak-kanak atau bayi.
• Pengasuh perlu memegang hujuk sarung tangan bayi dengan mengginakan hujung jari sahaja.
• Sewaktu pengasuh menarik hujung sarung tangan bayi itu akan cuba menarik balik.
• Jika kanak-kanak berjaya menarik balik permainan ini dikira berkesan terhadap bayi.
• Permainan ini juga boleh dilakukan dengan peralatan lain,
• Seperti botol susu, puting bayi, permainan bayi yang lembut asalkan bayi boleh memegangnya.    

        Permainan ini dapat menbantu tahap kekuatan otot bayi dan kebolehan sedia ada kanak-kanak. Permainan ini juga dapat membantu kanak-kanak atau bayi meningkatkan tahap kendiri.

No comments:

Post a Comment